ADIK kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari mendoakan yang terbaik buat rumah tangga abangnya yang sudah kembali rujuk dengan Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.
Fadzil berkata, dia menyokong keputusan abangnya itu demi masa depan anak-anak mereka.
"Alhamdulillah, dia buat keputusan yang bagus untuk dirinya dan masa depan anak-anaknya. Kami sekeluarga mendoakan yang terbaik buatnya," katanya kepada media.
Ditanya sama ada dia ada bertemu Farid selepas mereka rujuk, Fadzil berkata, dia belum berpeluang bertemu dengan abangnya itu.
"Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengannya kerana kesibukan masing-masing. Kali terakhir kami berjumpa pada penghujung Ogos lalu," katanya.
Bagaimanapun, kata suami pelakon Yana Samsudin itu, dia sempat meluangkan masa bersama dengan Farid selama tiga hingga empat bulan ketika abangnya itu berdepan dengan masalah rumah tangga.
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek.
"Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya, ia baik untuk dia dan anak-anaknya.
"Saya sudah menjalankan tanggungjawab sebagai adik dan ibu bapa kami pun harapkan saya untuk menemani Farid kerana saya buat perniagaan. Adik beradik lain pula terikat dengan komitmen kerja mereka.
"Dalam tempoh saya temankan Farid, dia pun okay sahaja. Dia yang buat keputusan itu. Sebagai adik, saya sudah menasihatkan apa yang patut dan terpulang pada pilihan dia sebab dia yang melayari rumah tangga," katanya.
Terdahulu, Farid dan Diana bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun berumah tangga.
Namun, pasangan sensasi ini mengesahkan mereka rujuk semula pada 31 Ogos lalu. - Gempak
Gempak
Sat Oct 21 2023
Fadzil Zahari (kiri) mendoakan yang terbaik buat rumah tangga abangnya, Farid Kamil yang sudah kembali rujuk dengan Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
Perolehan dagangan Rusia-China catat rekod baharu AS$240 bilion
Putin berkata, jumlah perdagangan keseluruhan secara tepat mencerminkan hubungan ekonomi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek."
Keputusan hadanah interim dua anak Farid Kamil, Diana Danielle 8 Ogos
Mahkamah menetapkan 8 Ogos depan untuk keputusan inter-parte bagi permohonan hak penjagaan sementara dua anak pasangan pelakon, Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle.
Diana Danielle tolak tawaran perdamaian RM319,700, hanya mahu bercerai
Kata Akberdin, anak guamnya tekad dengan keputusannya untuk mengakhiri perkahwinannya bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil, 42.
Farid Kamil pujuk Diana Danielle, tawar pendamaian harta dan tunai RM319,700
Aktor Farid Kamil tampil dengan tawaran pendamaian untuk memujuk isterinya, Diana Danielle sebagai salah satu usaha menyelamatkan keluarganya.
30 Mei sebutan kes hadanah interim Farid Kamil, Diana Danielle
Mahkamah turut melanjutkan perintah interim hadanah secara ex-parte (satu pihak) kepada pelakon Gol & Gincu itu sehingga 30 Mei.
Diana Danielle dapat hak jagaan sementara dua anak
Keputusan berkenaan dibuat selepas pelakon "Imaginur" ini membuat permohonan hadanah pada 23 Mac lepas.
Farid Kamil dipenjara sembilan bulan
Rayuan Farid Kamil untuk ketepi hukuman penjara ditolak Mahkamah Tinggi Shah Alam
Farid Kamil tampar pipi, tendang kemaluan saya - Saksi
Farid turut menampar pipi kiri anggota polis berkenaan sambil memaki hamun polis sebelum dia ditenangkan oleh dua orang awam lain.
Farid Kamil diingatkan tidak keluar kenyataan berkaitan kes
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat teguran itu terhadap Farid, 37, ketika prosiding sebutan semula kesnya di mahkamah hari ini.